Friday 3 July 2015

GAMBAR-GAMBAR KERETA MEWAH ARTIS MALAYSIA

GAMBAR KERETA MEWAH ARTIS MALAYSIA |

5 GAMBAR KERETA MEWAH ARTIS MALAYSIA |
Menjadi seorang artis bukanlah perkara yang mudah.Jika hanya mempertaruhkan muka sahaja tanpa ada bakat sudah tentu popularitinya bakal datang dan pergi secara bermusim.Jika kena dengan cara dan populariti,sudah tentu bayarannya juga lumayan.Ada antara artis Malaysia yang memperoleh pendapatan mencecah 6 angka sebulan hasil dari penjualan produk,lakonan,nyanyian dan sebagainya.
Jadi tidak hairan kebanyakan artis kini boleh memiliki kereta mewah berharga ratusan ribu ringgit.Ini antara 5 artis yang mampu memiliki kereta mewah pelbagai model.Anggaran harga berdasarkan harga semasa.
1. Zizan Razak
Mewah%2B1.jpg
Pada awal kariernya dan menjadi duta M7, Zizan memiliki sebuah kereta Mitsubishi EVO X yang berharga sekitar RM300,000-RM350,000. Tidak lama selepas itu Zizan menjual kereta tersebut dan mengambil pula Nissan GTR R35 yang berharga sekitar RM500,000 .Dan terkini dia memandu sebiji Ferrari berwarna kuning, jika tidak silap saya itu merupakan model F430 Spider yang berharga sekitar RM700,000-RM800,000.Populariti dimiliki Zizan dalam bidang lakonan dan lawak membuatkan dia menerima banyak tawaran-tawaran berlakon dan duta,jadi tidak hairan dia boleh memiliki kereta mewah ini.
2. Hairul Azreen
Mewah%2B5.jpg
Teka teki mengenai kereta yang dimiliki Hairul atau lebih mesra dipanggil Kapten Hairul akhirnya terjawab apabila dia memuatnaik 2 keping gambar dimana salah satu gambar dimuat naik baru-baru ini menunjukkan keretanya sedang berada di bengkel.Model kereta tersebut merupakan model sama yang pernah dipakai oleh Zizan iaitu Nissan GTR R35 yang berharga sekitar RM500,000.Namun selepas memuatnaik gambar keretanya kebiasaannya dia akan memadam gambar tersebut,mungkin bagi mengelakkan ‘Keyboard Warrior’ mengasah bakat disana.
3. Shila Amzah
Mewah%2B4.jpg
Tidak banyak yang diketahui mengenai Shila kerana kesibukan dirinya memenuhi tugasan kerja di China yang memaksa dirinya kadangkala berulang-alik ke sana kemari.Namun Shila pernah memuatnaik sebuah gambar kereta yang didakwa oleh peminatnya merupakan kereta barunya iaitu BMW X6 yang berharga sekitar RM350,000 – RM400,000.
4. Azlan & The Typewriter
Mewah%2B3.jpg
Azlan baru-baru ini memuatnaik beberapa gambar dirinya bersama kereta terbarunya iaitu model Ferrari F430 (Jika tak silap) yang berharga sekitar RM700,000 .Ditanya oleh salah sebuah media berkenaan kereta tersebut, Azlan menjawab Saya tak boleh nak komen la kalau nak tanya pasal kereta sebab perkara itu lebih kepada hal peribadi Maaflah saya tidak boleh nak komen mengenainya, .Azlan juga dipercayai sedang sibuk dalam perniagaannya.
5. Ebby Yus
Mewah.jpg
Tidak banyak yang kami tahu tentang Ebby Yus namun dia dikatakan terlibat dalam bidang perniagaan dan mampu memiliki sebuah kereta Mercedes Benz.Tahniah Ebby Yus!

No comments:

Post a Comment