Monday 11 May 2015

TERKINI!! JASA DATIN ROSMAH YANG KITA TIDAK TAHU

Jasa Datin Rosmah Yang Anda Tidak Tahu




Najib sendiri berkata, inilah kali pertama beliau memaklumkan kepada umum tentang jasa dan sumbangan yang pernah dilakukan oleh isterinya. Inilah dua jasa besar Rosmah yang dijadikan rahsia oleh Najib selama ini.

Jasa pertama Rosmah baik dengan isteri diktator Hosni Mubarak dan dapat membantu membebaskan pelajar Malaysia ketika Ops Piramid yang lalu.

“Beliau (Rosmah) telah menelefon isteri bekas kepada presiden Mesir Suzanne Mubarak bagi membebaskan seorang pelajar Malaysia yang dituduh perisik sewaktu operasi tersebut berlangsung.

“Pelajar tersebut dituduh sedemikian dan kemudiannya dihumban ke penjara, dalam dua jam, pelajar kita dibebaskan,” katanya.

Jasa kedua Rosmah juga baik dengan keluarga memohon jasa baik kerajaan Arab Saudi dengan “jaringan” dengan keluarga diraja, membolehkan pelajar Malaysia dapat singgah di Jeddah tanpa visa.

“Ia diusahakan oleh isteri saya kepada pelajar-pelajar kita. Malah dua kapal terbang Jumbo disediakan secara percuma bawa balik pelajar kita.

“Belum pernah saya beritahu tapi ia adalah sumbangan isteri saya kepada rakyat Malaysia,” terang Najib lagi tentang rahsianya.

Dan seperti biasa, perwakilan Umno memberikan tepukan gemuruh mengenai sumbangan Rosmah kepada negara sebagaimana yang diceritakan suaminya sendiri itu. Mereka seolah-olah menghargai dan mengkagumi peranan yang dimainkannya itu.

lihat juga jasa Tun M

No comments:

Post a Comment